Tindak balas Letusan Gunung Marapi 2023

Operasi mencari dan menyelamat

Letusan terjadi ketika banyak pendaki sedang berada di lereng gunung. Daripada 75 pendaki yang mendaki gunung itu pada 2 Disember, 49 orang telah dipindahkan, tiga ditemui hidup dan diselamatkan, 13 orang ditemui mati terkorban berdekatan kawah[3], dan 10 lagi masih hilang.[11][3][12] Operasi mencari pendaki lain yang hilang nya terganggu oleh letusan kecil yang tidak menentu.[13]

Kesan

Akibat letusan tersebut, pemerintah daerah melarang sebarang kegiatan dalam jarak 3 kilometer dari gunung berapi itu. Beberapa kota yang berdekatan gunung seperti Padang Panjang, Bukittinggi, Pasaman, dan Pasaman Barat diselimuti abu[14][15] sehingga para penduduk diberikan bantuan pelitup sambil diarahkan tinggal di rumah.

Rujukan

WikiPedia: Letusan Gunung Marapi 2023 https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://www.reuters.com/world/asia-pacific/indones... https://www.bbc.com/news/world-asia-67610326 https://www.bbc.com/indonesia/articles/cq5p15qxlpy... https://web.archive.org/web/20231204122026/https:/... https://web.archive.org/web/20231204153047/https:/... https://www.theguardian.com/world/2023/dec/04/moun... https://trove.nla.gov.au/work/10060521 https://www.bbc.com/news/world-asia-67621787 https://web.archive.org/web/20231204152941/https:/...